|
|
Arkib Berita 2009 |
| |
[08.12.2009]PENUTUPAN AKAUN NEGERI SARAWAK TAHUN KEWANGAN 2009  |
|
| |
[10.11.2009]PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) KE-16 |
Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-16 diadakan mulai 09 hingga 18 November 2009. Sehubungan itu, kepada warga JPNS yang dijemput untuk menghadiri persidangan berkenaan hendaklah berpakaian rasmi, bertempat di Dewan Galeri, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Tujuan tuan/puan dijemput adalah untuk memberi peluang bagi meningkatkan pengetahuan tentang proses persidangan DUN dan juga perkara-perkara yang dikembangkan dalam persidangan tersebut. |
| |
[10.11.2009]PAMERAN SEMPENA KONVENSYEN 5S WILAYAH SARAWAK |
Jabatan Perbendaharaan Negeri akan menyertai Pameran Konvensyen 5S Wilayah Sarawak 2009 di Hotel Riverside Majestic, Kuching pada 13 November 2009 (Jumaat). Pameran ini adalah anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). |
| |
[04.11.2009] ANUGERAH AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S |
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perbendaharaan Negeri akan menyertai Anugerah Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) Peringkat Kebangsaan 2009 dan pengauditan oleh MPC yang akan diadakan pada minggu pertama dan kedua pada bulan November 2009. |
| |
[30.09.2009] SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN 1/2009 |
Sila dapatkan maklumat lanjut mengenai Surat Pekeliling Perbendaharaan 1/2009, Perkara: Perlaksanaan SIFBAS di Pejabat Perhubungan Sarawak (Rumah Sarawak) Kuala Lumpur seperti berikut : [Muka 1], [Muka 2] dan [Muka 3] |
| |
[01.07.2009] KMK PERINGKAT NEGERI SARAWAK, 2009 dan SUKAN DWI TAHUNAN DI MELAKA...TAHNIAH |
Seluruh warga kerja Perbendaharaan merakamkan ucapan TAHNIAH kepada KUMPULAN SKIP yang telah berjaya menyandang dan mempertahankan kedudukan sebagai NAIB JUARA di Konvensyen KMK Peringkat Negeri Sarawak yang telah diadakan di Miri.
Bagi kontigen jabatan dalam pertandingan Sukan Dwi Tahunan di Melaka pula, mendapat JOHAN dalam pertandingan Ping Pong, Dart dan Badminton masing-masing mendapat tempat ke-4 manakala Badminton dan Carom hanya berjaya menempatkan diri di peringkat suku akhir.
Khalid Abdul Hadi telah berjaya memenangi Masters di tempat ke-2 manakala untuk berpasukan pula telah memenangi High Game dan High Series.
Sekali lagi Jabatan merakamkan ucapan TAHNIAH dan TERIMA KASIH di atas segala usaha yang telah diberikan. |
| |
[16.07.2009] EG CONTEST |
Please be informed that the EG Contest has been extended to 31 October 2009.
Source: ICTU |
| |
[01.07.2009] KMK PERINGKAT NEGERI SARAWAK, 2009 |
Kumpulan KMK bagi kategori Pengurusan iaitu Kumpulan SKIP dan BINAMAS akan mewakili jabatan dalam Konvensyen KMK Peringkat Negeri Sarawak bagi tahun 2009. Konvensyen ini akan diadakan pada 15 - 16 Julai 2009 bertempat di Hotel Imperial, Miri. Seluruh warga JPNS memberikan sokongan padu kepada kedua-dua kumpulan dan semoga berjaya. |
| |
[01.07.2009] AKTIVITI PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI SEMALAYSIA KE X TAHUN 2009 DI MELAKA |
Seramai 30 kontigen dari JPNS menyertai Kejohanan Sukan Dwi Tahunan antara Pejabat-Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Se-Malaysia Ke-X yang kini sedang berlangsung di Melaka. SEMOGA BERJAYA. |
| |
[09.06.2009] SELAMAT DATANG |
|
Warga JPNS mengucapkan selamat datang kepada Timbalan Akauntan Negeri, Puan Grace Hii Hui Hing yang baru melaporkan diri di Ibupejabat JPNS pada 21 Mei 2009 yang lalu. |
|
| |
[09.06.2009] PERINGATAN KEPADA PENGGUNA SARAWAKNET |
| 1. |
JANGAN MELAYAN email yang meminta butiran ID pengguna dan katalaluan SarawakNet anda. |
| 2. |
JANGAN DEDAHKAN maklumat ID pengguna dan katalaluan SarawakNet anda kepada mana-mana pihak. |
| 3. |
SILA TUKAR katalaluan anda SECEPAT MUNGKIN jika anda telah mendedahkan ID pengguna dan katalaluan anda. |
Pusat Operasi Rangkaian SarawakNet
|
| |
[05.05.2009] PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN TAHUN 2009 |
Peperiksaan ini dibuka kepada semua Penolong Akauntan, Gred W27 dan Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred W17 yang belum disahkan dalam jawatan dan sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Peperiksaan ini adalah bertujuan untuk pengesahan dalam jawatan. Dibawah adalah jadual dan juga sukatan peperiksaan untuk rujukan pemohon.
|
| |
Sukatan Peperiksaan W17 (pdf) : 1, 2, 3, 4 |
| |
Sukatan Peperiksaan W27 (pdf) : 1, 2, 3, 4 |
| |
|
| |
[27.03.2009] Taklimat E-Prestasi |
Pihak Perbendaharaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Indit Bangai dan pegawai Urusetia Prestasi yang terlibat, Jabatan Ketua Menteri atas talimat E-Prestasi yang diberikan kepada semua staf di ibupejabat Perbendaharaan pada 26.03.2009 bagi menambahkan pengetahuan tentang E-Prestasi keseluruhannya. |
| |
[11.03.2009] Majlis Randau & Dialog Bersama Perbendaharaan Bahagian |
Majlis Randau & Dialog Bersama Perbendaharaan Bahagian telah diadakan pada 23 & 24 Febuari 2009, yang telah dihadiri oleh semua staf di ibu pejabat dan Akauntan seluruh Bahagian. Acara ini bukan sahaja dapat memberikan peluang untuk staf berinteraksi dengan Akauntan Negeri tetapi juga dapat mengeratkan silaraturahim antara ibupejabat dan Perbendaharaan Bahagian. Ditambahkan dengan pengenalan "HQ Connection" sebagai titik kesinambungan perhubungan lebih erat antara ibupejabat dan Perbendaharaan Bahagian. |
| |
[11.03.2009] Anugerah Perbendaharaan Bahagian Cemerlang |
Sekalung TAHNIAH khusus buat PERBENDAHARAN BAHAGIAN MUKAH atas kejayaan Anugerah Perbendaharaan Bahagian Cemerlang Tahun 2008. Syabas dan semoga dapat menyuntik lebih lagi semangat kecekapan pada masa-masa akan datang. SYABAS Staf Mukah.!!! |
| |
[11.02.2009] Anugerah Kualiti Ketua Menteri Sarawak (AKKMS) |
JUTAAN TERIMA KASIH diucapkan kepada Panel Penilai bagi Anugerah Kualiti Ketua Menteri Sarawak 2008 (AKKMS) yang telah mengadakan lawatan penilaian ke Ibupejabat JPNS pada 03 Februari 2009 (Selasa) yang lalu. Tidak lupa juga kepada warga JPNS yang banyak memberi kerjasama sepanjang penilaian dijalankan. Terima kasih. |
|
|