E-Slip Gaji adalah projek yang dilaksanakan bagi menggantikan Slip Gaji Berkarbon yang dicetak melalui Sistem Gaji (State Payroll System). Ia merupakan slip gaji versi elektronik yang mempunyai maklumat yang sama seperti mana Slip Gaji Berkarbon. Projek ini mula diperkenalkan oleh Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak pada November 2005 melalui Surat Pekeliling Memorandum Perbendaharaan No.6/2005. |