Akauntan Negeri Sarawak
 
 
 
 
 
 
 
   
 
Aktiviti Persatuan
 
   
 
   
 
 

 
 
Surat Pekeliling Memorandum Perbendaharaan Negeri Sarawak No.PP:4/2008
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menguatkuasakan Borang Tuntutan Kilometeran L300D (Pindaan 02) sebagai dokumen sokongan bagi baucar T.300.

Format L300B (Pindaan 01) yang telah dikuatkuasakan penggunaannya melalui Pekeliling Perbendaharaan Negeri Sarawak No.PP:1/2005 adalah dibatalkan dan digantikan dengan format L300B (Pindaan 02). Format ini boleh disediakan sendiri oleh Jabatan/Kementerian tanpa membuat sebarang pindaan pada format atau kandungannya.

Surat Pekeliling Memorandum Perbendaharaan No.2/2008
Surat Pekeliling Memorandum Perbendaharaan ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai pelaksanaan sepenuhnya kemudahan "e-Slip Gaji" yang dihantar melalui e-mail kepada pegawai Kerajaan Negeri yang bergaji bulan dan seterunya memberhentikan pengeluaran slip gaji berkarbon (carbonised copy) kecuali bagi pegawai yang tidak mempunyai alamat e-mail di SarawakNet.

Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Sarawak No.SPP:2/2008
Pekeliling ini bertujuan memaklumkan tentang perlaksanaan e-Penyata Akaun Bulanan.

Pada masa kini, Penyata Akaun Bulanan dikeluar dan diedarkan oleh Jabatan Perbendaharaan Negeri mengikut Arahan Perbendaharaan 143(b) kepada semua Pegawai Pengawal secara manual.

Dengan perlaksanaan e-Penyata Akaun Bulanan melalui State Integrated Financial, Budgeting and Accounting System (SIFBAS), langkah telah diambil untuk membolehkan Penyata Akaun Bulanan disedia dan dikemukakan setiap bulan secara elektronik kepada Pegawai Pengawal. Pegawai Pengawal juga boleh membuat pengesahan ke atas Penyata Akaun Bulanan melalui fungsi "e-Pengesahan" dalam sistem tersebut.

Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Sarawak No. SPP: 1/2008
Surat Pekeliling ini berkenaan dengan Nasihat Bayaran kepada Pembekal/Kontraktor melalui email. Ia bertujuan untuk memaklumkan tentang pelaksanaan Nasihat bayaran (Forwarding Advise) bagi bayaran yang dibuat kepada pembekal/kontraktor yang berurusan dengan Kementerian/Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak melalui SIFBAS.

Ke Arah Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2008 (AKPM)
Dimaklumkan bahawa Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah terpilih diantara 10 buah jabatan di Malaysia bagi Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2008.

Semua warga Perbendaharaan amat mengalu-alukan kedatangan ahli Panel Penilai bagi sesi penilaian Anugerah Kualiti Perdana Menteri seramai 15 orang di Ibupejabat Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak pada 11 Ogos 2008.


Persijilan 5S 2008
TAHNIAH diucapkan kepada semua staf yang memberi kerjasama dalam pembaharuan persijilan 5S di Ibupejabat dan PENGIKTIRAFAN PERSIJILAN 5S bagi PB Limbang dan PB Bintulu oleh pihak MPC, Kuala Lumpur.

Ibupejabat Perbendaharaan telah mendapat Persijilan bagi tahun 2008 dan akan memperbaharui persijilan tersebut pada 28 Julai 2009.


Tanda Aras Balanced Scorecard (BSC)
Jabatan telah menganjurkan lawatan tanda aras ke SESCO Kuching pada 21 Julai 2008 bagi membuat tanda aras pelaksanaan BSC di syarikat berkenaan dan juga berkongsi pengalaman tentang isu berkaitan.

Konvensyen QCC Peringkat Negeri dan ICC Peringkat Wilayah Sabah/Sarawak 2008
Kumpulan MUTIARA dari Ibupejabat telah berjaya menyertai Konvensyan QCC Peringkat Negeri dan ICC di Peringkat Wilayah Sabah/Sarawak pada Julai 2008. Syabas di atas kejayaan menggondol Piala Perak peringkat ICC. Kedua-dua konvensyen telah diadakan di Kuching, Sarawak.

   
 
 
   
Ibu Pejabat Jabatan Perbendaharaan Negeri
Tingkat 7-11, Menara
Pelita,Jln Tun Abdul
Rahman Ya'akub
Petra Jaya 93050
KUCHING, SARAWAK.

TEL: 082-440111
FAKS: 082-447203
 
Hantar sebarang
pertanyaan dan cadangan melalui borang maklum
balas di sini
 
Laman Web Ketua Menteri Sarawak
Laman Web Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak
SarawakNet Webmail
Leave Management System
 

Bayaran Gaji untuk bulan Julai 2008: 24hb (Khamis)

25 Ogos 2008 (Isnin)
25 September 2008 (Khamis)

Senarai Pengecualian
Cukai Pendapatan

 
seg_contest_banner