Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 18 Nov 2017
Versi 8.0.2c
LATAR BELAKANG RAKAN PERBENDAHARAANLATAR BELAKANG RAKAN PERBENDAHARAAN

Program Rakan Perbendaharaan (RP) telah dilaksanakan pada Januari 2007 oleh Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak (JPNS) yang bertujuan untuk mempertingkatkan pengurusan kewangan Jabatan/ Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam pendendalian urusan berkaitan kewangan dan perakaunan dengan memberi bimbingan serta nasihat secara lebih sistematik.


Pendekatan yang diambil oleh JPNS bagi melaksanakan program ini adalah dengan penubuhan Jawatankuasa Induk RP yang dikendalikan oleh Pegawai JPNS dan Jawatankuasa Kecil RP terdiri daripada Akauntan Perbendaharaan Bahagian yang dikenali sebagai Agen Pelaksana.


Setiap RP yang dipilih dari setiap Bahagian diletakkan di bawah selian dan pemantauan Pejabat Perbendaharaan Bahagian masing-masing.