Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 18 Sept 2018
Versi 8.1.1a
Pencapaian 2015Pencapaian 2015

Pencapaian Tahun 2011 l 2012 l 2013 l 2014


PENCAPAIAN TAHUN 2015

1.  Jemputan ke Konvensyen ICQCC Peringkat Antarabangsa Tahun 2015
-
Kumpulan KIK dan QE/5S daripada Perbendaharaan Negeri Sarawak telah dipilih oleh MPC untuk mewakili Malaysia (Peringkat Pengurusan) ke Konvensyen QCC Peringkat Antarabangsa (ICQCC) Anjuran MPC pada Oktober 2015 di Korea .


2.
Kumpulan DO-IT Merangkul Johan Persembahan Paling Kreatif Dan Naib Johan KIK Zon Selatan

Kumpulan DO-IT telah berjaya merangkul Johan Persembahan Paling Kreatif dan dinobatkan sebagai Naib Johan KIK  Peringkat Pengurusan pada Pertandingan KIK Zon Selatan Anjuran JKM


3.
Laman Web Mendapat Pengiktirafan 5 Bintang Tahun 2014

Laman Web Perbendaharaan Negeri Sarawak telah mendapat keputusan pengiktirafan 5 Bintang melalui penilaian MGPWA (Malaysia Government Portals and Websites Assessment) yang kini dikenali sebagai ProBE (Provider- Based Evaluation) yang telah diumumkan pada Julai 2015.
   
4. Kumpulan Aspirasi Utara Merangkul Emas pada Konvensyen KIK Peringkat Wilayah Sabah Sarawak Anjuran MPC.
  Aspirasi Utara dari Perbendaharaan Bahagian Miri telah mendapat Anugerah Emas dalam pertandingan Konvensyen Regional Convention Team Excellent Wilayah Sabah Sarawak tahun 2015. Konvensyen anjuran pihak MPC ini telah diadakan di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah pada 25-26 Ogos 2015.
   
5. PB Limbang Raih Naib Johan Dalam Perarakan Kemerdekaan
  Jabatan Perbendaharaan Negeri Bahagian Limbang dengan kerjasama Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan LimbaSambutan Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Kompleks Sukan Limbangng dan Pejabat Pos Limbang telah menubuhkan kontigen untuk menyertai perbarisan.Kontigen gabungan ini telah berjaya meraih Naib Johan dalam Kategori Jabatan Kerajaan.
   
6. Tempat Ke-3 Pertandingan Karom MAKSAK Sarawak
  Ahli KESTURI bagi Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah merangkul tempat ke-3 Pertandingan Karom MAKSAK Sarawak yang diadakan di Kolej Multimedia, Jalan Sultan Tengah Kuching pada 3-4 Oktober 2015. Seramai 10 orang pemain telah mewaklili jabatan yang diketuai oleh Pengurus Pasukan iaitu Encik Kitten Anak Banye dan Timbalan Pengurus Pasukan Encik Tehin Anak Adam.
   
7. Johan Sektor Awam dan Anugerah Pengerusi MPC Bagi Pertandingan Peringkat Kebangsaan Anjuran MPC
  Kumpulan KIK Aspirasi Utara daripada Perbendaharaan Bahagian Miri Sarawak telah berjaya mendapat Johan Sektor Awam dan Mendapat Anugerah Pengerusi MPC pada Annual Productivity And Innovation Conference and Expositoin (APIC 2015) anjuran Malaysian Productivity Corporation (MPC) pada 5.11.2015 yang lalu. Ianya telah diadakah di Hotel Sunway Piramid di Kuala Lumpur.
   
8. Trofi Ketua Menteri Sarawak-Perak (Kategori Negeri)
  Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah meraih Trofi Ketua Menteri Sarawak-Perak (Kategori Negeri) bagi Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2014 sempena Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2015 di Borneo Convention Centre Kuching pada 18.11.2015. Majlis disempurnakan oleh Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak. Tema Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak "Leadership & Taking Charge Make A Difference".
   
9. Anugerah High Performance Team (HPT)
  Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah meraih High Performance Team (HPT) dengan projek "CLICK TO CLAIM", bagi Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2014 sempena Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2015 di Borneo Convention Centre Kuching pada 18.11.2015. Majlis disempurnakan oleh Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak. Tema Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak "Leadership & Taking Charge Make A Difference".
   
10. Anugerah Laman Web 5 Bintang dan Pentadbir Laman Web Cemerlang (2012-2014)
  Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menerima anugerah Laman Web 5 Bintang  dan antara 5 Pentadbir Laman Web Cemerlang bagi tempoh 2012-2014. Majlis Anugerah 5 Bintang Portal/Laman Web Agensi Kerajaan Negeri yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datu Ose Murang, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri telah diadakan pada 20 November 2015 di Imperial Hotel, Kuching.

Sebanyak 36 agensi telah mendapat anugerah portal/laman web 5 bintang.  5 pentadbir laman web telah mendapat anugerah pentadbir laman web cemerlang. Sila merujuk kepada rangkaian di bawah untuk maklumat lanjut:

1.  Senarai agensi yang mendapat Anugerah Portal/Laman Web 5 Bintang
2.  Senarai pentadbir laman web cemerlang