Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 18 Sept 2018
Versi 8.1.1a
Pencapaian Jabatan 2016Pencapaian Jabatan 2016

Pencapaian Tahun 2011 l 2012 l 2013 l 2014 l 2015 l


PENCAPAIAN TAHUN 2016


 1. 
Jemputan ke Konvensyen ICQCC Peringkat Antarabangsa Tahun 2016              
  Kumpulan KIK (SKIP & ASPIRASI) daripada Perbendaharaan Negeri Sarawak telah dipilih oleh MPC untuk mewakili Malaysia (Peringkat Pengurusan) ke Konvensyen QCC Peringkat Antarabangsa (ICQCC) Anjuran MPC pada 23-26 Ogos di Bangkok .
   
2. Pencapaian 3 Bintang untuk Laman Web Jabatan Tahun 2015
  Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menerima anugerah Laman Web 3 Bintang untuk Penilaian ProBE 2015
   
3. Kumpulan Impulse Mendapat Emas pada Konvesyen Team Ecellence Anjuran MPC
  Kumpulan Impulse daripada Perbendaharaan Bahagian Betong mendapat emas pada pertandingan Team Excellence Peringkat Wilayah Sarawak Sabah anjuran MPC bagi kualiti 5S/QE. MPC telah menganjurkan pertandingan di Hotel Riverside Magestic, Kuching. Kumpulan telah membawa pulang sijil dan tropi
   
4. Kumpulan CUN Mendapat 2 Bintang dan Johan Banner Kreatif Kategori Jabatan pada Konvenyen KIK Perhidmatan Awam Anjuran Jabatan Ketua Menteri Sarawak
  Kumpulan CUN yang berjaya mendapat 2 bintang dalam Pertandingan KIK Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Peringkat Zon 2016 anjuran Jabatan Ketua Menteri untuk kategori Jabatan. Kumpulan CUN juga telah menjuarai 'banner' paling kreatif bagi kategori jabatan. Pertandingan telah berlangsung di Hotel Park City, Bintulu. Kumpulan telah mendapat sijil, wang dan 'hamper'.
   
5. Kumpulan Impuls Mendapat 2 Bintang pada 'Annual Productivity and Innovation Convention' (APIC) Anjuran MPC
  Kumpulan Impulse daripada Perbendaharaan Bahagian Betong mendapat 2 Bintang (emas) pada APIC Peringkat Kebangsaan  anjuran MPC bagi kualiti 5S/QE. MPC telah menganjurkan pertandingan di Kuala Lumpur.
   
6. Anugerah 5 Bintang Laman Web Kerajaan Negeri Sarawak bagi Tahun 2015
  Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah berjaya mendapat Anugerah 5 Bintang Laman Web Kerajaan Negeri Sarawak untuk penilaian laman web seluruh Negeri Sarawak pada satu Majlis penyampaian anugerah di Hotel Waterfront, Kuching pada 19.12.2016.