Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 18 Sept 2018
Versi 8.1.1a
Soalan-Soalan LazimSoalan-Soalan Lazim
SOALAN LAZIM BAGI PERBENDAHARAAN BAHAGIAN (PB)
Soalan berikut merupakan soalan lazim yang dikemukan oleh orang awam, sekiranya pertanyaan anda tidak terjawab di bawah, sila berhubung dengan pejabat kami melalui telefon numbor +6082-440111.
1. Bilakah masa operasi kaunter pembayaran bil?
  Isnin - Khamis    : 8.00 pagi - 1.00 petang dan 2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat              : 8.00 pagi - 11.30 pagi dan 2.00 petang - 5.00 petang
   
2.
Adakah perkhidmatan yang disediakan dikaunter pembayaran?

Pembayaran yang melibatkan pengeluaran bil/notis oleh jabatan-jabatan Kerajaan Negeri.
 
3. Bolehkah PB menyemak sama ada bil air bulan lepas telah dibayar atau tidak?

Tidak. PB hanya berfungsi sebagai pemungut sahaja. Sebarang pertanyaan berkenaan bil air boleh dikemukakan kepada pihak JKR.
 
4. Saya telah menghantar surat perjanjain pinjaman yang telah dilengkapkan ke Unit Pinjaman pada 3 hari yang lepas. Bilakah saya boleh mengambil cek berkenaan?

Sila dapatkan jawapan daripada :
Unit Pinjaman Kakitangan,
Ibupejabat Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak,
Tingkat 9, Menara Pelita Jalan Tun Abdul Rahman Ya'akub, 93050 Kuching.
Tel : 082 - 440111
Faks : 082 - 446082
 
5. Saya ingin memohon pemulangan deposit tetapi resit asal hilang. Bolehkah saya menggunakan salinan resit untuk tujuan tersebut?

Arahan Perbendaharaan 158(b) menyatakan bahawa sekiranya resit asal hilang, maka surat akuan sumpah mestilah dibuat dan dikemukakan.
 
6. Bolehkah pembayaran dibayar ke atas nama individu sekiranya syarikat yang digunakan tidak mempunyai akaun bank?

Tidak. Sekiranya nama syarikat tersebut tidak didaftarkan, maka pemilik hendaklah membuat surat akuan sumpah di Pejabat Daerah. Sekiranya syarikat tersebut telah ditutup atau tidak beroperasi lagi, maka pemilik perlu melampirkan lesen perdagangan yang tertera nama pemilik syarikat tersebut.
   
7. Bagaimanakah caranya untuk mengetahui sama ada pembayaran telah dibuat oleh PB atau sebaliknya?

Terdapat 3 cara iaitu:

a.
Bagi pegawai kerajaan yang mempunyai e-mail, sebarang makluman mengenai pembayaran yang telah dibuat akan dihantar melalui e-mail pegawai dengan syarat pegawai berkenaan telah mengemaskinikan alamat e-mail dalam data SIFBAS (Supplier Master File). Ia hendaklah dinyatakan kepada pegawai bahagian pembayaran jabatan.


b. Sekiranya pegawai tidak mempunyai akaun e-mail, memadailah ruangan no.faks jabatan dalam baucar bayaran dilengkapkan agar penghantaran maklumat pembayaran dapat dihantar melalui faksimili. Bagi syarikat/orang awam/peseorangan, prosedur yang sama boleh digunapakai dengan syarat maklumat alamat e-mail dimaklumkan ke jabatan yang menyediakan baucar bayaran agar melengkapkan nombor faksimili atau alamat e-mail dalam data SIFBAS.


c.
Sekiranya perkara di atas tidak dapat dipenuhi, pihak PB akan menghantar nasihat bayaran ke alamat penerima melalui pos untuk makluman pembayaran yang telah dibuat oleh PB.
   
*
Untuk sebarang status pembayaran, boleh disemak sama ada menghubungi pihak PB atau jabatan berkenaan dengan mendapatkan nombor baucar bayaran jabatan (PV Status Enquiry) terlebih dahulu .
   
8.
Kenapa terdapat pembayaran tidak dapat dikredit terus ke akaun bank penerima walaupun cek telah dikeluarkan dan dihantar ke bank dalam masa 5 hari bekerja.

Terdapat sesetengah bank memerlukan tempoh penjelasan cek (floating) menyebabkan kelewatan tersebut.
   
9.
Bilakah cek akan dikemukakan ke bank?

Selepas semua proses kerja pengeluaran cek, semakan, tandatangan cek dan penyisihan dilakukan iaitu dalam tempoh 5 hari selepas baucar bayaran diterima untuk proses pembayaran.
 
SOALAN LAZIM BAGI SEKSYEN GAJI (UNIT Kumpulan Wang Simpanan)
1.
Adakah Jabatan Perbendaharaan Negeri bertanggungjawab ke atas segala urusan pembayaran pencen kakitangan kerajaan Negeri?

Tidak. Sila hubungi pihak JPA seperti alamat berikut:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pencen, Cawangan Sarawak,
Tingkat 1 & 2, Bangunan Marzuki Lot 1656, Seksyen 65,
Jalan Tuan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'akub, 93050 Kuching.

Tel : 082 - 241144
Faks : 082 - 250126
 
2.
Berapa lama tempoh pegawai yang telah berpencen menunggu pembayaran pencen jika kesemua dokumen tamat perkhidmatan dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia?

Proses pembayaran pencen adalah dibawah kawalan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Sila hubungi pihak JPA, Bahagian Pencen seperti alamat pada no. 1 di atas.
 
3.
Adakah pihak JPNS bertanggungjawab ke atas pembayaran/pengeluaran daripada Government Employee Provident Fund (GEPF), Teachers Provident Fund (TPF) dan Widows and Orphan Pension Fun (WOPF) ?

Ya. Sila hubungi :
Unit Kumpulan Wang Simpanan (KWS),
Ibupejabat Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak,
Tingkat 8, Menara Pelita Jalan Tun Abdul Rahman Ya'akub, 93050 Kuching.
Tel : 082 - 440111 ext : 249 / 265
   
4.
Apakah dokumen yang diperlukan semasa menuntut bayaran GEPF, TPF dan LAEPF?

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Borang A (GEPF)7/1985 atau Borang B (TPF) atau Borang C (LAEPF)

  • Notis Perlantikan

  • Kenyataan Perkhidmatan (Service Record)

  • Borang Opsyen - Lampiran 4 (Pemberian Taraf Berpencen)

  • Sijil Akuan Berhutang / Tak Berhutang

  • Penyataan Tunggakan Gaji dan Elaun - Lampiran B & C di bawah CCR 1978 (GEPF sahaja)

  • Salinan Kad Pengenalan

  • Borang Opsyen Perlanjutan Umur Pencen (Pekeliling Perkhidmatan No.6/2008)
 
SOALAN LAZIM BAGI SEKSYEN GAJI (UNIT GAJI)
1.
Berapa lama tempoh bagi pegawai lantaikan baru menunggu pembayaran gaji pertamanya?

Pembayaran gaji pertama bagi pegawai lantikan baru adalah bergantung kepada secepat mana Borang Input (T.156A) pegawai, dikemukakan ke Unit Gaji, Ibupejabat Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak. Sekiranya ia diterima selepas tarikh tutup penerimaan Borang Input maka gaji pertama hanya akan dibayar selewat-lewatnya pada bulan berikutnya.


2.
Jika pegawai tidak mendapat penyata gaji bulan semasa dari Jabatan Perbendaharaan Negeri, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh beliau?

Pegawai boleh terus berhubungi dengan Unit Gaji, JPNS samada melalui telefon atau emel untuk mendapatkan slip gaji beliau.


3.
Adakah JPNS bertanggungjawab jika terdapat kakitangan awam menyalahgunakan penyata gaji dengan menukar jumlah gaji yang diterimanya?

Tidak sama sekali.
   
4.
Slip gaji Shah bagi bulan Jun 2009 menunjukkan potongan kepada Bank A melalui ANGKASA sebanyak RM200 di mana ia seharusnya tamat pada bulan Mei 2009. Walaubagaimanapun, Bank A hanya mengemukakan peberhentian potongan Shah ke Unit Gaji Perbendaharaan pada bulan Julai 2009 dan Unit Gaji telah memberhentikan potongan Bank A tersebut pada bulan yang sama. Shah hendak mendapatkan kembali RM200 tersebut dan dimasukkan ke dalam akaun bank gaji beliau.

Adakah pihak Perbendaharaan boleh menguruskannya bagi pihak Shah?
 
Tidak. Shah hendaklah berurusan dengan Bank A untuk mendapatkan jumlah (RM200) yang telah dipotong bagi bulan Jun 2009 itu.
   
5.
[Contoh situasi :- Bagi perlantikan baru pada bulan Ogos]
 
Bagaimana hendak mendapatkan NOMBOR GAJI sekiranya slip gaji hanya akan keluar bagi bulan September? Adakah kakitangan awam yang baru melaporkan diri bertugas pada bulan Ogos boleh meminta NOMBOR GAJI tersebut bagi bulan Ogos?
 
Tidak. Nombor gaji kakitangan awam hanya akan diaktifkan apabila gaji pegawai tersebut mula dibayar melalui Sistem Gaji (State Payroll System). Sekiranya gaji pegawai hanya mula dibayar melalui Sistem Gaji pada bulan September, maka maklumat/data pegawai berkenaan termasuklah nombor gaji tidak akan wujud dalam Sistem Gaji bagi bulan Ogos.
 
SOALAN LAZIM BAGI SEKSYEN PERAKAUNAN
1.
Bagaimanakah caranya untuk mengetahui sama ada pembayaran telah dibuat?

Pastikan pembayar mengemukakan alamat emel atau nombor faks kepada PTJ yang membuat jawapan. Maklumat bayaran boleh diterima melalui emel atau faks atau berhubung terus dengan PTJ.


2.
Bagaimanakah sekiranya cek yang diterima oleh orang awam hilang dibawah jagaan penerima itu sendiri dan adakah orang awam tersebut berhak menuntut cek gantian dari pejabat pembayar?

Orang awam perlu berhubung dengan kementerian/jabatan yang membuat bayaran dan buat pengakuan bahawa mereka tidak menerima bayaran sebelum pembayaran semula diproses.
   
3.
Adakah tuntutan kilometeran turut berubah mengikut perubahan harga penjualan minyak petrol semasa?

Tidak.
 
SOALAN LAZIM BAGI SEKSYEN PERANCANGAN & PENTADBIRAN (UNIT PENTADBIRAN)
1.
Bolehkah saya menjalani latihan industri (praktikal) di jabatan tuan?

Ya. Dengan mengemukakan permohonan bertulis ke alamat berikut:

Akauntan Negeri Sarawak,
Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak,
Tingkat 10, Menara Pelita Jalan Tun Abdul Rahman Ya'akub,
Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.
No. Tel : 082 - 440111
No. Faks : 082 - 445270 / 446395

Pegawai yang boleh dihubungi:-
Pegawai Tadbir (Pentadbiran)
(sambungan : 217)
Penolong Pegawai Tadbir (Pentadbiran)
(sambungan : 219)


2.
Bagaimana untuk memohon sebarang kekosongan jawatan di Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak?

Bagi setiap permohonan jawatan kosong di Jabatan ini, hendaklah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak atau dengan melayari website (www.e-recruitment.gov.my) untuk maklumat lanjut.


SOALAN LAZIM BAGI SEKSYEN KEWANGAN (UNIT HASIL)
 
- Cukai Jualan Negeri Sarawak -
1.
Apakah produk-produk yang dikenakan Cukai Jualan Negeri?

Minyak sawit mentah (Crude Palm Oil), Minyak isi sawit mentah (Crude Palm Kernel Oil) dan Tiket Loteri.


2.
Berapakah kadar cukai jualan negeri?

Kadar cukai jualan adalah 5% untuk minyak sawit mentah dan minyak isi sawit mentah, manakala 10% untuk tiket loteri.


3.
Siapakah yang perlu berdaftar sebagai Pembayar Cukai Jualan Negeri?

Pengilang minyak sawit mentah, pengilang minyak isi sawit mentah dan operator tiket loteri.


4.
Bagaimanakah proses pendaftaran sebagai Pembayar Cukai Jualan Negeri dilakukan?

i)
Dapatkan 2 salinan Borang Pendaftaran (Form 1) dari Unit Hasil, Ibupejabat Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak



ii)
Pastikan dokumen-dokumen berikut disediakan dalam 2 salinan:


Memorandum and Article of Association


Form 24, 44 and 49 under the Companies Act 1965


Certificate of incorporation under the Companies Act 1965, or Form B/Form D under tdhe Registration of Businesses Act 1956 (yang mana berkaitan)


Salinan kad pengenalan pemohon


Gambar berukuran pasport pemohon


Surat kuasa (jika perlu) bila mana pemohon dibuat oleh pegawai yang diberikuasa oleh syarikat atau anak syarikat (bukan perkongsian)



iii)
Hantar semua dokumen berkenaan ke Unit Hasil, Ibupejabat Perbendaharaan Negeri Sarawak untuk proses selanjutnya.


5.
Bagaimanakah menentukan "tempoh perakaunan yang ditetapkan" (Prescribed Accounting Period) untuk tujuan menghantar retan Form 3?

Retan dihantar dalam tempoh 28 hari pada setiap penghujung 28 hari untuk tempoh perakaunan yang ditetapkan. [Seksyen 24(1)]. Jika tarikh penghantaran retan jatuh pada hujung minggu atau kelepasan am, maka tarikh tersebut dipanjangkan ke hari bekerja yang berikutnya.

Jika hari terakhir perniagaan ditutup pada hari terakhir bagi tempoh perakaunan yang ditetapkan seperti contoh di Jadual 1 dibawah, retan mestilah dihantar pada atau sebelum 28 hari pada tarikh ditetapkan.



Last Day of month business account
Prescribed accounting period
Returns to be submitted on or before
31st March
1st January - 31st March
28th April
31th June
1st April - 30th June
28th July
30th September
1st July - 31th September
28th October
31st December
1st October - 31st December
28th January
Jadual 1
   
 
Jika hari terakhir perniagaan ditutup pada hari terakhir bagi tempoh perakaunan yang ditetapkan berbeza dari tarikh penutupan di atas seperti di Jadual 2 dibawah, retan mestilah dihantar pada atau sebelum 28 hari pada tarikh ditetapkan.
   
 
Last Day of month business account
Prescribed accounting period
Returns to be submitted on or before
28th December
1st October - 31st December
25th January
28th March
29th December - 28th March
25th April
28th June
29th March - 28th June
25th July
28th September
29th June - 28th September
25th October
Jadual 2
   
6.
Bagaimanakah proses penyediaan Retan Form 3 Cukai Jualan Negeri dilakukan dan dokumen yang perlu dikepilkan?

Retan Cukai jualan negeri hendaklah dihantar ke Unit Hasil, Ibupejabat Jabatan Perbendaharaan Negeri menggunakan Form 3 bersama-sama dokumen seperti berikut:

  Invois Jualan
  Kontrak Jualan
  Detail Despatch Listing / Delivery Order
  Permohonan / Permit mengangkut barang-barang dalam Persekutuan (Kastam No.3 Pind.4/92) - jika berkaitan


7.
Bilakah Retan Form 3 Cukai Jualan Negeri dihantar?

Retan dihantar mengikut tarikh sepertimana penetapan tempoh perakaunan yang telah ditetapkan iaitu berdasarkan tempoh 28 hari dari tarikh akhir bulan akaun perniagaan.


8.
Apakah kewajiban pembayar cukai jualan negeri menghantar Retan Form 3?

Kewajiban pembayar cukai jualan negeri menghantar Retan Form 3 sama ada berlaku jualan atau tidak adalah tertakluk di bawah Seksyen 24(1) Ordinan Cukai Jualan Negeri Sarawak 1998 dan Peraturan 8 Cukai Jualan Negeri.


9.
Apakah tindakan yang boleh diambil ke atas pembayar cukai yang membuat taksiran palsu atau kesilapan dalam penyediaan retan Form 3 Cukai Jualan Negeri?

Pembayar cukai boleh didenda mengikut Peraturan 21 tidak melebihi Lima Ribu Ringgit (RM5,000.00) sahaja.
   
10.
Bila dan apakah objektif pemeriksaan ke atas akaun pembayar Cukai Jualan Negeri?

Pemeriksaan akaun pembayar cukai jualan negeri akan dilaksanakan:

i) Selepas 6 bulan atau tidak kurang dari 12 bulan dari tarikh pengeluaran sijil pendaftaran pembayar cukai jualan
ii) Sekurang-kurangnya sekali dalam setiap 2 tahun



Pemeriksaan akaun pembayar Cukai Jualan Negeri adalah tertakluk kepada Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998 di bawah seksyen-seksyen berikut:

a) Seksyen 32 - Access to places or premises
b) Seksyen 30 - Person bound to give information
c) Seksyen 21 - Power of Comptroller to assess State Sales Tax
d) Seksyen 16 - Duty to keep records



Objektif pemeriksaan akaun dilakukan :
 
i)
Memastikan semua cukai dibayar dengan betul kepada Comptroller
ii)
Memastikan pembayar cukai patuh kepada kehendak Ordinan dan Peraturan-peraturan cukai jualan negeri
iii)
Memastikan semua jualan telah dimasukkan taksiran cukai
iv)
Memastikan cukai disediakan dengan tepat ke atas semua produk cukai
v)
Memastikan produk cukai adalah betul di dalam invois
vi)
Memastikan nilai jualan yang telah dibayar cukai adalah tepat
vii)
Memastikan sama ada pertukaran ke atas nama atau alamat perniagaan
   
   
 
- Prosedur Duti Hiburan di bawah Akta Duti Hiburan 1953 (Pindaan sehingga 1hb Oktober 1994)-
1.
Di bawah Akta Duti Hiburan 1953, apakah tafsiran hiburan yang dikenakan duti?

"Hiburan" termasuk apa-apa pameran, persembahan, keseronokan, permainan atau sukan yang kepadanya orang-orang dibenarkan masuk dengan bayaran. Seksyen 4(1), tertakluk kepada seksyen ini maka hendaklah dikenakan, dilevi dan dibayar kepada pemungut atas tiap-tiap bayaran untuk masuk ke apa-apa hiburan suatu duti (dalam Akta ini disebut sebagai duti hiburan) mengikut apa-apa kadar yang dikenakan menurut ketetapan Dewan Rakyat dari semasa ke semasa.


2.
Berapakah kadar duti hiburan yang perlu dibayar?

Kadar duti hiburan yang ditetapkan adalah kadar rata 25%.


3.
Dimanakah duti hiburan boleh dibayar?

Duti hiburan boleh dibayar di semua kaunter Pejabat Perbendaharaan Bahagian dan Perbendaharaan Kecil di seluruh Negeri Sarawak.
   
4.
Apakah seksyen-seksyen dibawah Akta Duti Hiburan 1953 yang melayakkan penganjur untuk memohon pengecualian duti hiburan?
 
Seksyen
Butiran
4(3)(a)
Tiada duti hiburan boleh dikenakan, dilevi atau dibayar atas apa-apa bayaran untuk masuk ke apa-apa hiburan yang terdiri daripada satu daripada acara berikut atau lebih :

i)
Suatu permainan pentas
ii)
Suatu tarian balet atau tarian bercorak tradisional (sama ada permainan pentas atau tidak)
iii)
Suatu persembahan muzik (sama ada vocal atau instrumental)
iv)
Suatu syarahan atau
v)
Suatu resitasi

Pertubuhan / institusi / jawatankuasa yang tidak dikendalikan atau ditubuh untuk keuntungan atau bahawa hiburan itu adalah suatu hiburan amatur.


10(1)(a)
Keseluruhan kutipan daripada sesuatu hiburan itu akan dibaktikan bagi maksud-maksud derma atau khairat sama ada di Malaysia atau ditempat lain tanpa dikenakan apa-apa wang.
   
10(1)(b)
Seorang Pengarah Pendidikan memperakui secara bertulis bahawa hiburan itu akan diadakan bagi maksud-maksud pendidikan dan bahawa hadirin akan dihadkan kepada orang-orang yang menerima pendidikan sepenuh masa di sesuatu establismen pendidikan yang diiktiraf dan kepada kakitangan pengajar establismen itu
   
10(1)(c)
Hiburan itu diadakan oleh sesuatu pertubuhan yang tidak ditubuhkan atau dianjurkan untuk keuntungan dan mengandungi semata-mata suatu pameran.

i)
Mengenai keluaran sesuatu industri atau bahan, jentera, peranti atau barang makanan yang digunakan untuk mengeluarkan keluaran itu atau pertunjukan kemahiran oleh pekerja dalam industri itu dalam kerja berkaitan industri itu
ii) Mengenai karya seni grafik, seni pahat dan seni pertukangan tangan atau satu daripada kelas karya itu atau lebih yang dibuat dan dipamerkan oleh orang yang mengamalkan seni grafik, seni pahat atau seni pertukangan tangan untuk keuntungan dan sebagai pekerjaan utama mereka atau pertunjukan kemahiran oleh orang itu dalam kesenian atau pertukangan-pertukangan atau
iii) Mengenai barang atau pertunjukan kemahiran yang ada kepentingan material berkaitan dengan soal-soal mengenai kesihatan awam

Atau mengandungi semata-mata pameran atau pertunjukan kemahiran itu bersama-sama dengan suatu persembahan muzik oleh suatu pancaragam atau suatu pameran kerja atau pertunjukan kemahiran oleh kanak-kanak di bawah umur 16 tahun atau orang-orang muda yang menuntut di sesuatu sekolah atau institusi pendidikan yang lain :

Dengan syarat bahawa,

a)
Notis mengenai tuntutan bagi pengecualian daripada duti hiburan seperti di atas hendaklah diberi kepada pemungut tidak kurang daripada 14 hari sebelum mulanya hiburan itu dan
b)
Pemungut selepas mengambil apa-apa pernyataan dan menbuat apa-apa siasatan yang difikirkannya patut hendaklah memberi kepada tuan punya itu suatu perakuan pengecualian daripada bayaran duti hiburan.


   
11
Apabila pemungut berpuas hati bahawa keseluruhan pendapatan bersih daripada sesuatu hiburan telah dibaktikan bagi maksud-maksud pendidikan, khairat atau derma dan bahawa keseluruhan perbelanjaan bagi hiburan itu tidak melebihi 20% daripada jumlah kutipan hiburan itu, dia hendaklah membayar balik kepada tuan punya itu amaun duti hiburan yang telah dibayar berkenaan dengan hiburan itu
   
12(3)
Pemungut boleh mengecualikan, tertakluk kepad apa-apa syarat yang difikirkannya patut, apa-apa hiburan yang berkenaan dengannya jumlah amaun duti hiburan yang kena dibayar pada pendapatnya tidak akan melebihi RM500.00, daripada bayaran duti hiburan tersebut.
   
5.
Bagaimanakah prosedur memohon untuk pengecualian duti hiburan?

Pemohon hendaklah tertakluk di bawah Seksyen seperti di no.4. Pemohon perlu mendapatkan Borang Permohonan Duti Hiburan dari Unit Hasil, Ibupejabat Perbendaharaan Negeri Sarawak. Borang berkenaan hendaklah diisi dengan lengkap dengan mengemukakan dokumen sokongan (salinan yang disahkan) seperti berikut:

  Sijil Pendaftaran Pertubuhan / Persatuan
  Surat Kebenaran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri/Residen/Pejabat Daerah
  Permit Polis (jika ada)
  Penyata Akaun / Penyata Akaun (Anggaran)


SOALAN LAZIM BAGI SEKSYEN INSPEKTORAT
   
1.
Apakah peranan Inspektor Perbendaharaan (IP) ?

i)
Melakukan lawatan pemeriksaan ke Perbendaharaan Bahagian/Kecil, Pejabat Residen dan Kementerian/Jabatan Kerajaan Negeri Sarawak dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) Persekutuan yang berkaitan dengan akaun Kerajaan Negeri Sarawak sahaja.
ii)
Mengenalpasti luar aturan dan memberi panduan kepada pejabat berkenaan akan tindakan pembetuland atau penambahbaikan yang perlu diambil.
iii)
Memberi khidmat nasihat kepada pegawai di Ibupejabat, Perbendaharaan Bahagian, Perbendaharaan Kecil, Pejabat Residen, Jabatan/Kementerian dan PTJ Persekutuan bagi akaun Kerajaan Negeri Sarawak yang menghadapi masalah perakaunan.
iv)
Menyediakan Laporan Inspektorat Perbendaharaan (LIP) berikut kepada Ketua Inspektor:
 
Laporan pemeriksaan ke atas,
 
  Perbendaharaan Bahagian (PB)   Unit Hasil
  Perbendaharaan Kecil (PK)   Seksyen Akaun
  Pusat Tanggungjawab (PTJ)   Unit Pinjaman
  Unit Pentadbiran   Unit Gaji
  Unit Perancangan   Unit Kumpulan Wang Simpanan
  Unit Dana/Pinjaman Korporat   Sistem-Sistem PB, PK dan Ibupejabat
v)
Membuat penyiasatan ad-hoc atas arahan pihak atasan


2.
Adakah Inspektor Perbendaharaan (IP) mempunyai kod etika?
 
Ya, seperti berikut:
 
 
Tiada kepentingan serta bebas terhadap entiti yang diperiksa
 
Tiadak berat-sebelah dalam membuat analisa data, maklumat dan bahan bukti serta dalam membuat keputusan
 
IP tidak boleh membuat tafsiran/tanggapan awal terhadap entiti yang diperiksa atau pihak-pihak yang diperiksa
 
Melaksanakan pemeriksaan dengan menggunakan kebijaksanaan secara profesional serta sentiasa peka kepada unsur-unsur penipuan, penyalahgunaan wang awam, risiko, kawalan dalaman dan kelemahan
 
Semua perkara mengenai pemeriksaan hendaklah dirahsiakan, seperti yang ditetapkan dalam Akta Rahsia Rasmi dan Perintah Am 166(2) dan 172
 
Tidak menyalahgunakan kuasa untuk menekan atau mempengaruhi atau dipengaruhi mana-mana pihak untuk membuat serong dari tujuan asal pemeriksaan dibuat
   
3.
Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan inspektorat?

Ia merujuk kepada pemeriksaan yang dijalankan oleh IP ke atas proses kerja dan dokumen yang berkenaan dengan kewangan dan perakaun. Ianya merangkumi beberapa pemeriksaan seperti berikut :

i)
Pemeriksaan Inspektorat mengikut jadual
 
Pemeriksaan ini adalah yang dirancang oleh IP mengikut kategori keutamaan PTJ yang telah ditetapkan. Permohonan untuk menjalankan pemeriksaan akan dikemukakan secara tahunan dan bulanan kepada Akauntan Negeri melalui Ketua IP untuk kelulusan bagi setiap kali pemeriksaan yang hendak dilaksana berdasarkan tempoh kekerapan kategori PTJ yang berkenaan.
 
ii)
Pemeriksaan susulan
 
Pemeriksaan yang dijalankan ke atas PTJ dalam masa terdekat setelah mendapat arahan pihak atasan hasil dari penemuan luar aturan matan semasa pemeriksaan pertama bagi
 
  Menjalankan penyiasatan lanjut mengenai luar atauran matan yang ditemui
  Memastikan tindakan pembetulan dan pematuhan sepenuhnya oleh PTJ berkenaan
 
iii)
Pemeriksaan secara ad-hoc
 
Pemeriksaan ini merujuk kepada :
 
 
Lawatan ke PTJ berkenaan yang mempunyai isu luar aturan matan yang tertunggak dan perlu tindakan segera setelah diketengahkan oleh Perbendaharaan Bahagian/Seksyen di Ibupejabat JPNS
 
Lawatan IP yang memfokuskan skop pemeriksaan tertentu seperti terimaan atau luar aturan matan yang berkaitan
 
Lain-lain pemeriksaan Perbendaharaan selain di atas yang perlu dilaksanakan mengikut kewajaran kes (misalnya pemeriksaan kandungan peti besi sesebuah PTJ atau yang seumpamanya)
 
iv)
Pemeriksaan Mengejut
 
Pemeriksaan yang dilakukan oleh IP atas arahan pihak atasan tanpa memaklumkan kepada PTJ berkenaan terlebih dahulu mengenai tarikh kedatangan IP / pemeriksaan tersebut.
   
4.
Apakah yang dimaksudkan dengan luar aturan?

Luar aturan dikategorikan kepada :

a)
Luar aturan matan

 
Turutan luar aturan yang boleh mengakibatkan penyelewengan / kehilangan wang awam
 
Luar atauran pada pandangan Ketua IP boleh mejurus kepada penyelewengan atau kehilangan wang awam
 
Kehilangan wang awam, tanpa mengira jumlah amaun
 
Luar aturan yang serius dan berisiko tinggi


b)
Luar aturan tidak matan

 
Ketakakuran biasa yang tidak mendatangkan risiko kehilangan wang awam
 
Luar aturan yang tidak menggugat kawalan dalaman
 
Luar aturan yang apabila diperbaiki boleh memantapkan lagi akaun awam Negeri Sarawak



Tahap luar aturan bagi kategori (a), akan dilaporkan kepada Setiausaha Kewangan Negeri mengikut kehendak AP.140(b)

   
Hak Cipta Terpelihara Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak @ 2008